Ditakdirkan tarikh lahir saya harini pada tahun ni bersamaan dgn 1 Rejab, suka saya kongsikan bacaan berkenaan bulan Rejab yang juga salah satu dari bulan-bulan Haram di sisi Allah swt. Moga bertambah ilmu Deen kita dan membetulkan kekeliruan yang mungkin ada:
1. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1168-irsyad-al-hadith-siri-ke-47-kelebihan-dan-amalan-dalam-bulan-rejab
2. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/tahqiq-al-masail/888-tahqiq-masail-siri-ke-3-bulan-rejab-dan-isu-isu-berkaitan-dengannya
Kesimpulan sederhana saya:
- Bulan Rejab termasuk di dalam bulan-bulan Haram. Iaitu bulan Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab, iaitu bulan-bulan yang dilarang berbunuhan (berperang) dan dilarang keras melakukan maksiat. Istilah “haram” dalam kalimat “bulan-bulan haram” bermaksud = SUCI. Sepertimana istilah “Haramain” yang merujuk 2 masjid yang paling suci bagi umat Islam iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
- Bulan Rejab tidak mempunyai apa-apa kelebihan amal ibadat tertentu yang khusus seperti yang dinyatakan dari hadith-hadith yang sahih (boleh rujuk artikel-artikel Mufti Wilayah Persekutuan di atas).
- Walaupun bagaimana pun, ini tidaklah menghalang seseorang untuk berzikir, berpuasa sunat, solat sunat, bersedeqah dan lain-lain lagi dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu dalam bulan Rejab. Ibadah sunnah ini sama sahaja seperti dilakukan pada bulan-bulan yang lain kecuali pada bulan Ramadhan yang teristimewa.
Btw, terima kasih yang mengucapkan selamat hari lahir kepada saya ya ❤