Apa yg akan kita kesalkan?
ٱلۡمَالُ وَٱلۡبَنُونَ زِینَةُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَٱلۡبَـٰقِیَـٰتُ ٱلصَّـٰلِحَـٰتُ خَیۡرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابࣰا وَخَیۡرٌ أَمَلࣰا (Al-Kahfi : 46)
Ayat ni cukup membuat saya tersentuh 😭 ketika solat td…
Dlm ayat ni Allah SWT sebut 2 perhiasan (زينة). Ya, hakikatnya hanyalah perhiasan. Selama2 ni kita mengejarnya dan berbangga dgnnya, tetapi bagi Allah ia hanyalah perhiasan di dunia.
Perhiasan akan mencantikkan pakaian dan mungkin mencantikkan si pemakainya juga. Well…
2 perhiasan itu adalah HARTA (المال) & ANAK2 ( البنون)
Siapa tak sayangkan harta dan anak2 nya? Bukankah selama ni kita berusaha, bekerja, berpenat lelah, berkorban dan sbgnya semata2 utk ini?
Bila ditanya what’s your BIG why? Kita akan jawab anak2, keluarga…
Tahun demi tahun kita mengejar akan perhiasan dan berbangga dgn perhiasan yg ada.
Malangnya, PAKAIAN yg dilekati perhiasan td tetap kotor, busuk, berulat, buruk, koyak, comot, rosak, layak dibuang…
Sedangkan pakaian inilah nanti yg Allah SWT akan lihat dan akan KEKAL sampailah hari akhirat nanti.
Kesal?
Di akhirat nnti kita akan berasa RUGI kerana selama hidup di dunia kita hanya sibuk mengejar perhiasan2 sdg kan kita LUPA utk mencuci, membersihkan, mengharumkan, memperbaharui, memperbaiki pakaian yg dipakai.
Apakah pakaian yg kekal di sisi Allah SWT?
… وَٱلۡبَـٰقِیَـٰتُ ٱلصَّـٰلِحَـٰتُ خَیۡرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابࣰا وَخَیۡرٌ أَمَلࣰا
Yg bermaksud:
“… dan amal2 soleh yang kekal (kebaikannya) itu lebih baik pada sisi Tuhanmu dgn pahala (sbg balasan), dan (melakukan amal soleh) itu adalah cita2 yang baik.”
Come on…ayat Allah SWT ini tidak menyuruh kita membuang harta & keluarga… kerana itu tanggungjawab kita di dunia. Tetapi Allah menyuruh kita agar jgn leka dan lalai dgn 2 perhiasan ni.
Cuba test: Senaraikan 100 amal2 soleh kita dari sekecil2 hingga sebesar2 pd penilaian kita (Allah yg lebih maha menilai). Simpan sendiri.
Adakah ia menjadi bekal dan akan dilihat Allah nanti? Di akhirat…
Ramadhan kareem 😇
27 Ramadhan