Segalanya Simpan Dalam Google?

Sejak beraktiviti2 recruitment (baca: D&T) dan berbisnes dgn Anfaal tahun 2002 dulu kerja2 kami banyak guna komputer dan gadget2 berkaitan… jadi terlalu banyak files dibuka.

Tabiat ni saaaaaampailah skrg ni. Bagi saya semua ini juga adalah ASET YG BERHARGA yang perlu urus dan diwarisi.

Apa jadi kepada akaun Google saya jika saya pergi selama2nya suatu hari nanti? Bagaimana waris saya hendak access semua login dan files serta cloud drive yang ada segala2nya tu…bgmana nak access semua password yg ada (saya guna apps Keeper dah belasan tahun, sbb tak nak buang masa dan stress nak ingat2 password).

Jadi saya baru2 ni update lagi setting Google Inactive ni: https://myaccount.google.com/inactive

1. Pilih email waris yang akan mendapat notification dari Google jika 3 bulan akaun Google saya tidak aktif. Boleh pilih lebih dari 1 email. Misalnya email isteri, email anak.

Dalam setting ni kita boleh tulis pesanan2 kepada penerima notification ni. Di dalam setting ni juga kita boleh tetapkan apakah apps Google yang kita benarkan utk diakses oleh waris. Misalnya Gmail, Photos, Drive, Calendar dsbnya…

Alamat email waris

2. Set auto-generated email yang akan reply sesiapa yang send email kpd kita selepas akaun Google sudah tidak aktif selepas 3 bulan.

Saya cadangkan dlm kandungan email tu letaklah nombor perhubungan waris kita yg sedikit sebanyak mengetahui apakah aktiviti suaminya. Tajuk auto-generated email tu saya letak: “Saya sudah tidak dapat dihubungi lagi”.

3. Saya tetapkan agar akaun Google saya tidak didelete. Bermaksud biarlah waris saya simpan sebagai kenangan.

Beribu2 foto kami sekeluarga sejak anak sulong ni lahir sampai sekarang ada dlm Google Photos, beratus album, video…events… (Mmg kita boleh share akaun Google Photos ni kpd ahli keluarga tetapi pasti ada shj foto2 lain yang tidak dikongsikan)

Siap!

Sedih pula bila update setting ni. Terlalu dekat kita dengan kematian. Pasti.

*Post ni bukan bertujuan nak suruh korang mesti guna Google apps, mungkin ada yg concern ttg security dan privacy. Terpulanglah kpd pertimbangan peribadi masing2 ya. Tak perlu debat pulak pasal hal ni.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s