OPR Turun kepada 2.75%: Mengapa Sukuk sebagai alternatif Simpanan FD?

Pada 22 Januari lepas, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menurunkan kadar OPR (Overnight Policy Rate) dari 3.00% menjadi 2.75%. Tindakan BNM menurunkan OPR adalah untuk meransang ekonomi supaya menjadi lebih pesat membangun pada tahun 2020 ini. Ini juga memberi kesan langsung kepada kadar inflasi.

Seperti biasa ada pihak yang gembira dan ada pihak yang kurang gembira dengan penurunan OPR ni siapakah mereka? Dan apakah peluang-peluang yang wujud dari penurunan OPR ni?

Siapa yang gembira? Semestinya rakyat Malaysia yang akan atau sudah membuat pembiayaan bank yang berdasarkan Base Rate (BR) atau Base Financing Rate (BFR). Kerana ada kemungkinan bank akan mengurangkan kadar keuntungan kerana turunnya OPR. Sebagai contoh: Pembiayaan perumahan (home financing) dan pembiayaan ASB (ASB financing).

Jadi, tunggu je surat dari bank yang memberitahu kadar baru pembayaran balik (repayment atau installment) bulanan. Kalau jumlah pembiayaannya besar, banyak juga penurunan bayaran bulanan, dengan lebihan yang ada tu boleh la bayar kad kredit atau bil-bil yang tertunggak kan… Walau bagaimana pun pembiayaan kenderaan dan pembiayaan peribadi tak terkesan dengan penurunan OPR ni, bayar macam biasa kerana pembiayaan ini bukan berdasarkan BR atau BFR.

Siapa yang kurang gembira?

(Tak nak sebut sedih) Iaitu orang, syarikat, institusi atau organisasi yang ada banyak tunai RM yang menyimpan di akaun Deposit Tetap atau Fix Deposit (FD). Kadar keuntungan FD berkadar langsung dengan kenaikan atau penurunan OPR.

Biasanya pihak yang membuat simpanan di FD menggunakan platform ini untuk menyimpan sementara tunai yang ada dengan mengharapkan sedikit keuntungan sekitar 3-4% setahun dengan kadar risiko yang rendah.

Sebagai contoh: Ada orgnisasi yang mempunyai simpanan FD hingga jutaan ringgit, dengan keuntungan FD, organisasi ini boleh membayar gaji pekerja atau elaun sukarelawan dan juga membayar overhead bulanan mereka. Dengan penurunan OPR ini, pulangan yang diperoleh sudah tidak mencukupi membayar semua keperluan tadi.

Diversify Simpanan ke Dana Sukuk

Apa peluang yang ada kerana berkurang nya kadar keuntungan FD ni? Saya mencadangkan agar para penyimpan di FD boleh diversify (pelbagaikan) simpanan mereka sebahagiannya ke dalam akaun Sukuk (Islamic Bond).

Sukuk boleh memberikan kadar pulangan secara purata sekitar 5-6% setahun, Sukuk juga berisiko rendah kerana ia termasuk dalam portfolio fixed Income (FI) kerana ia terdiri daripada sijil-sijil kewangan kerajaan, sijil-sijil kewangan korporat, instrumen pelaburan di pasaran kewangan jangka masa pendek yang dibenarkan dalam Syariah Islam.

Sebagai contoh gambarajah di atas, Principal Islamic Sukuk Fund pada tahun 2019 memberikan pulangan sebanyak hampir 8.48%. Dan dalam tempoh 5 tahun yang lepas dana ini memberikan pulangan purata hampir 6% setahun.

Kelebihan-kelebihan Sukuk yang ramai tak tahu

  • Simpanan Sukuk tiada lock-In period, bermakna pada bila-bila masa penyimpan boleh mengeluarkan simpanannya tanpa sebarang penalti. Tidak seperti FD yang perlu simpan dalam tempoh-tempoh tertentu, yang jika dikeluarkan awal maka tidak dapat pulangan yang diharapkan.
  • Pengeluaran juga tidak dikenakan sebarang caj (zero exit fee). Sebahagian besar akaun FD mengenakan caj pengeluaran.
  • Bermula tahun 2020 ini Principal telah merendahkan application fee dari 2% kepada 1% sahaja, iaitu yang paling rendah di dalam pasaran.
  • Bagi organisasi korporat dan syarikat, simpanan di dalam Sukuk tidak dikenakan cukai (tax exempted). Sedangkan keuntungan di dalam simpanan FD dikenakan cukai.
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s