Sbb Apa Membazir = Perangai Syaitan?

Suka saya pesan pd diri saya, ahli keluarga saya dan rakan2 jika ada sedikit nilai nasihat pd coretan ini, agar kita tak membazir makanan.

Maklumlah, “lepas geram” org German kata. Selesai Ramadhan kita pulun masak macam2, hidang macam2, bubuh makanan sampai penuh melimpah pinggan tapi makan tak habis!

(Yg lagi kelakar bubuh sikit pun ada yg tak habis! haishhh.. )

Tapi, apahal org yg suka membazir ni Allah samakan dia dgn saudara2 Syaitan? Mmg betul ada ayat tu dlm Al-Quran:

إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِینَ كَانُوۤا۟ إِخۡوَ ٰ⁠نَ ٱلشَّیَـٰطِینِۖ وَكَانَ ٱلشَّیۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورࣰا

Maksudnya: Sesungguhnya org2 yg membazir itu adalah dr kalangan saudara2 Syaitan, sedangkan Syaitan itu pula adalah makhluk yg sgt kufur kpd Tuhannya – Al-Isra’ : 27

Dalam banyak2 perangai mazmumah (perangai2 tercela), membazir jugak yg Allah samakan dgn perangai Syaitan. Pasti ada sebabnya…

Org yg perangainya suka membazir dan berlebih2an ni ada sifat TAKABBUR dlm dirinya. Merasakan dirinya ada kelebihan, jadi membuang “sedikit” makanan yg tak habis dia fikir tak mengapa, kerana hebatnya dia nnti boleh ada makanan lain lagi:

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kpd malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kpd Nabi Adam”. lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takabbur, dan menjadilah ia dari golongan yg kafir.” – Al-Baqarah : 34

Jadi Iblis (Syaitan) rasa tak mengapa jika tak tunduk kpd Adam kerana dia punya banyak kelebihan berbanding Adam.

Jadi sudah nampak kaitan membazir dgn perangai Syaitan? Nak jadi mcm Syaitan? Silalah membazir ya!

Saya dan keluarga ketika makan dikedai2, amatlah biasa melihat meja2 ditinggalkan dlm keadaan masih banyak makanan tak dihabiskan, malah ada yg tak terusik! Air jus masih separuh gelas, banyak lg buah2 yg tidak dimakan. Tak tapau, hanya bangun dan berlalu pergi.

Anak2 saya kata: Ya ALlah abi…family tu tinggalkan makanan tak habis mcm tu je? Banyak kut!

Sbb saya mmg cukup pantang kalau makan tapi pinggan tak licin dan lauk yg dihidang tak dihabiskan. Kalau betul2 tak habis maka bungkuslah bawak balik rumah, boleh makan lagi nanti.

Kita beraya di rumah…

Walaupun Raya kali ni kita hanya makan dirumah bersama keluarga kita shj, tetaplah habiskan makanan, licinkan pinggan, masukkan makanan yg berlebihan dalam bekas2 kecik.

Jgn biarkan makanan tidak disimpan kerana nanti boleh rosak dan basi. Bila dah simpan kene ingat utk panaskan utk dimakan nanti.

Jgn simpan dlm fridge berbulan2, yg akhirnya ke tong sampah jugak. Jadi Syaitan lambat sikit lah maknanya…2 bulan baru jadi.

*Btw, beli bekas Tupperware banyak2 tapi tak manfaatkan juga dikira membazir tau! Haa sahabat Syaitan?

Ibnul Qayyim dlm ulasannya ttg membazir ni antaranya membazir kekayaan, iaitu tidak menggunakan kekayaan dijalan yg diredhai Allah. Tupperware = orang kaya?

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s