Review iPad Pro 12.9″ 4th Gen 2020

Membaca posting YB Syed Saddiq berkenaan beliau hadiahkan iPad Pro + Apple Pencil 2nd kepada seorang pelajar yang power buat nota cantik2 ni membuatkan saya nak share review iPad Pro ni dan cara nak beli iPad Pro yang agak mahal ni dengan accessories nya sekali dengan cara yang “bijak”…

Bila kerja2 saya memerlukan saya membuat presentation kepada clients (saya sebut conteng2 ala2 rasmul bayan…rasmul bayan???) saya decide untuk jual iPad 6th gen saya dan beli satu iPad Pro 12.9 inch (yang paling besar) serta Apple Pencil 2nd gen (kerana Pencil 1st gen tak boleh guna pada iPad Pro 4th gen ni).

Saya anggap ini satu investment kerana harganya agak “kekayangan” jugaklah. Total set saya berharga RM5k++ termasuk Apple Pencil + Paperlike screen + Apple extended warranty + folio case yang “mahal gila” ni…

Objektif saya beli iPad Pro ni untuk replace penggunaan desktop kerana kerja2 saya banyak on the move, gerak sana sini, jadi sudah kurang sangat masa duduk depan desktop. Termasuklah prepare presentation, quotation, some graphics editing, conteng2. Yg paling penting untuk buat quotation, submit case dan dashboard semua kami hanya guna app (dah tak guna kertas langsung).

6 Faktor “Pro” yang saya consider

Saya kira teknikal review yang terperinci boleh je tengok kat YouTube. Yang saya nak highlight adalah “Pro” factor nya iaitu:

1. Kerja2 multitask yang sangat smooth, sebab cip processor nya sangat power dan memory management nya juga bagus tanpa perlu risau berapa banyak RAM yang ada pada iPad ni. Termasuk juga smooth dan hampir tiada latency adalah menulis menggunakan Apple Pencil ni.

2. Screen nya sangat2 cantik, terang dan “liquid” smooth @120hz iaitu dua kali kelajuan screen tablet lain

3. Speakernya surround sebab ada di bahagian atas dan bawah. Bunyi seperti ada subwoofer effect. Jadi kalau tengok YouTube atau Netflix memang best dengar audionya. Better lagi quality bunyinya dari iPad Air yang baru launch November lepas.

4. Apple Pencil 2nd gen ni boleh just lekat pada tepi iPad ni sekaligus caj baterinya secara wireless (magnetic).

5. Tempoh caj iPad ni pun sangat la cepat. Kira macam fast charging jugak lah. Portnya USB Type C! Jadi dengan charger brick yang sama saya boleh caj Note10+ dan iPad ni tanpa perlu bawa charger berbeza untuk ke mana2.

6. Kelebihan screen paling besar ni saya tak perlu ada tambahan physical keyboard yang lain. Menaip di atas screen ni dah macam menaip atas full sized keyboard.

Bagaimana Cara Saya Beli?

Bagaimana nak beli iPad Pro yang saya kira kategori harga mahal ni? (Ni apa yg saya lalui):

1. (Asalnya) Untuk beli murah, saya survey di Mudah, Carousell dan FB Marketplace. Ada je orang jual iPad Pro lama dia iaitu yg 1st, 2nd, 3rd dan 4th gen ni. Ada juga yg masih under warranty. Walaupun murah, kita perlu bayar CASH, dan harganya tetap ribu2 juga. Pastinya ada risiko bila beli 2nd hand ni. Perlu pandai pilih, supaya tak terkeliru dengan gen-gen iPad Pro ni. Hati2 juga dgn scammer yang konon jual iPad Pro murah2 sampai harga tak masuk akal.

2. Akhirnya cara saya beli: Setelah mempertimbangkan semua, saya memilih beli set baru di Machines KLCC. Total semua 5K++. Dan saya bayar dgn cara zero % installmemt selama 24 bulan. Jadi sebulan saya bayar dlm RM230 sahaja. Ini saya anggap seperti membayar sewa ofis. Kelebihan beli cara ini adalah saya dapat extra setahun lagi Apple Warranty, jadi total saya dapat 2 tahun support. Dan saya tak perlu keluar cash lump-sum banyak2. Cash yang pada asalnya ready untuk beli iPad ni saya boleh gunakan utk perkara lain yang lebih berbaloi.

Saya share ni kerana memang betul iPad boleh replace desktop komputer BERGANTUNG apa pekerjaan dan keperluan produktiviti harian kita. Siapa nak test iPad saya ni boleh beratur dengan penjarakan fizikal 😀

Oh ya, terlupa seperkara (one more thing)… folio cover iPad ni saya beli di kedai accessories gadget di level 4 Melawati Mall dengan harga RM29 (dua puluh sembilan) sahaja. Kalau beli folio case yang branded harga yang paling murah pun dah RM300+

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s