Kemelesetan Ekonomi: 5 Tips Mengurus Kewangan Anda

Pakar-pakar ekonomi serata dunia menyatakan bahawa kita sedang menghadapi kemelesetan ekonomi (economic recession) secara global akibat pandemik Covid19. Ini membawa kepada kehilangan sumber pendapatan kerana diberhentikan kerja atau perniagaan yang terpaksa ditutup.

Dalam keadaan yang amat membimbangkan ini, strategi pengurusan kewangan yang mantap perlu dilaksanakan. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan:

1. Mempunyai Dana Kecemasan

Pastikan anda mempunyai dana kecemasan yang boleh membiaya sekurang-kurangnya enam bulan perbelanjaan sara hidup anda dan keluarga. Lebih-lebih lagi jika anda bekerja sendiri atau sudah bersara. Ini membantu anda menghadapi situasi atau insiden yang tidak dijangka. Sebagai contoh, jika anda dibuang kerja atau bisnes anda terpaksa ditutup, anda sudah mempunyai simpanan yang cukup untuk persediaan untuk bangkit semula dan merancang sesuatu.

2. Sederhanakan Gaya Hidup

Pertimbangkan untuk mengurangkan atau menghentikan perbelanjaan dan langganan yang tidak perlu. Berjimat cermat membolehkan anda lebih banyak menyimpan ke dalam dana kecemasan. Anda juga akan lebih mudah bersedia untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup baru jika anda hilang sumber pendapatan. Kehidupan anda akan menjadi lebih “ringan”.

Contoh langganan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti: Langganan Astro, keahlian gimnasium, keahlian kelab-kelab sukan dan riadah, kelab keahlian hotel atau tempat peranginan, menukar pakej penggunaan telefon yang lebih murah, pakej internet yang lebih murah dan lebih menepati penggunaan sebenar, domain-domain website yang tidak digunakan lagi, beralih ke online/cloud storage yang lebih murah, berkongsi akaun Netflix, menghentikan langganan aplikasi-aplikasi pada gadjet (telefon pintar atau tablet) yang tidak lagi digunakan, review semula sumbangan-sumbangan yang di auto-debit dari akaun bank, tidak melanggan “extended warranty” barang-barang yang dibeli seperti smartphone, komputer dan sebagainya

3. Gandakan Pembayaran Hutang

Kenal pasti hutang-hutang yang mengenakan keuntungan/interest yang tinggi seperti kad kredit yang boleh mencecah hampir 20% setahun! Berapakah jumlah “outstanding” yang ada. Jadi dengan penjimatan yang dilakukan di poin no.2 sedikit sebanyak membolehkan anda membayar hutang kad kredit secepat mungkin.

Sekiranya anda mempunyai beberapa kad kredit, anda perlu teliti merancang untuk menguruskan pembayaran baki hutangnya. Anda boleh membuat “balance transfer” iaitu menggabungkan baki hutang beberapa kad kredit dengan satu kad kredit yang menawarkan kadar keuntungan/interest yang lebih rendah. Ini anda perlu membuat sedikit perbandingan yang mana yang sesuai dengan situasi anda.

4. Mempelbagaikan Pendapatan

Mempunyai pendapatan sampingan boleh menampung perbelanjaan harian seperti membayar bil utiliti, menambah simpanan atau bahkan boleh menyelamatkan anda sekiranya anda kehilangan sumber pendapatan utama.

Dengan memanfaatkan teknologi internet dan media sosial, anda dengan mudah boleh setup sebuah laman web e-commerce untuk menjual produk, menjadi agen dropship, menawarkan servis-servis freelance berdasarkan kepakaran dan kemahiran yang anda ada. Anda juga boleh membuat E-book atau E-magz. Dan menjadi trend sekarang, semakin ramai yang membuat channel YouTube dan monetize dari iklan Google AdSense. Mari kita sama-sama explore 🙂

5. Pastikan Anda Dilindungi Takaful/Insuran

Setiap orang harus mempunyai perlindungan takaful/insuran – Anda boleh mendapatkan takaful hayat (life takaful) yang membolehkan anda hibahkan jumlah perlindungan (sum covered) kepada waris-waris yang anda tinggalkan apabila anda meninggal dunia.

Sebagai contoh: Anda boleh hibahkan RM500K hingga RM1.5M kepada waris dengan hanya mencarum serendah RM225 sebulan sahaja. Berbaloikan? Pasti waris-waris anda seperti isteri dan anak-anak berasa lega dan semakin sayang kepada anda kerana anda sudah menyediakan kewangan yang agak selesa sekiranya berlaku sesuatu musibah pada diri anda seperti hilang upaya kekal (total permanent disability), menghidap penyakit kritikal atau kematian.

Kesimpulan

Dalam situasi yang membimbangkan ini, kita perlu ingat bahawa kemelesetan ekonomi tidak berlaku selama-lamanya. Situasi ini akan pulih dan aktiviti ekonomi menjadi rancak kembali. Sementara itu, kita boleh melakukan yang terbaik untuk mempersiapkan diri dan keluarga. Mudah-mudahan situasi ini memuhasabah diri kita agar sentiasa bersedia, menjadi lebih kuat dari sudut mental dan emosi dan lebih bijak dari sudut mengurus kewangan.

Ammar Mohd Zain | 019-2777202

Principal Asset Management Bhd | Sun Life Takaful Bhd| As-Salihin Trustee Bhd

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s