Poligami & Zakat Fitrah

Video ni mungkin boleh jadi kelakar bagi yang menonton, namun bagi pasangan yang mempraktiskan poligami mungkin tak berapa selesa cara penceritaan video pendek ni walau bagaimanapun bagus mesejnya iaitu tentang kewajipan membayar zakat fitrah.

Berikut pandangan saya:

1. Kita perlu didik masyarakat bahawa jika nak poligami perlu buat dengan cara yg baik bukan dgn cara sembunyi2 yang akhirnya ketahuan kerana terjumpa 2 resit zakat fitrah oleh salah seorang isteri (kita tak tahu isteri yang jumpa resit tu isteri pertama atau kedua kan?). Jika poligami dibuat dengan cara yg sejahtera tak perlu sampai dua resit berbeza… Lepas bayar zakat fitrah terus sahaja share gambar resit dalam WhatsApp group family yang dalam tu ada anak2 sekali.

2. Lelaki yang berpoligami tidak boleh berjiwa lemah bila berhadapan dengan isteri. Jika suami begini, bagaimana suami mampu untuk mengendalikan emosi isteri2? Inilah cabaran terbesar suami yang mengendalikan keluarga (samada monogami atau poligami) 

undefined

3. Tidak semua isteri berperangai seperti samseng atau ganas atau menakutkan bila berhadapan isu poligami samada selepas suami berpoligami dengan cara yg baik atau tidak, mahupun baru tahu suami ada isteri lain (pecah rahsia a.k.a kantoi!).

4. Isteri yang berperangai seperti ini akan menjadikan suami lebih cenderung untuk menipu dan berlaku curang. Ya, kita juga tahu bahawa terlalu ramai isteri yg baik melayan suami dan suaminya tetap berlaku curang dan menipu isterinya. Isteri yang solehah akan bertabayyun dgn cara yg baik dgn suaminya. Komunikasi yang baik antara suami dan isteri adalah tunjang kebahagiaan keluarga. Khalas! 

5. Masyarakat kita sudah biasa menjadikan poligami sebagai jokes atau perkara main2 utk mengusik isteri atau ‘trigger’ suami atau mengusik rakan2 yang nampak macam boleh berpoligami atau berlaku cabar mencabar sesama rakan. Sedangkan poligami adalah perkara besar dan serius yang tidak boleh dipermainkan, ia adalah berkaitan kehidupan. Biasanya orang yg buat main2 poligami ni dia takkan berani buat setakat hebat buat lawak dalam social media shj. Betul tak cakap saya ni?

6. Mempraktiskan kehidupan poligami dengan betul juga menggambarkan betapa sayangnya kita kepada isteri2 dan anak2 kita. Paling tidak kerana ia dilihat oleh anak-anak kita samada yang masih kecil atau sudah dewasa. Anak-anak diajar dengan cara menunjukkan contoh oleh ibu bapa mereka. Emosi keluarga yang baik akan melahirkan anak2 yang sihat mentalnya. 

7. Point bagus dalam video ni adalah si suami berpoligami di usia yang relatifnya MUDA. Mengapa bagus berpoligami di usia muda? Ok untuk menjawab ni perlu disambung dalam penulisan lain lah ya… 

Apa-apa pun membayar zakat fitrah tu hukumnya wajib tak kisahlah apa cabaran untuk melaksanakannya. Syabas kepada penerbit video pendek ni. Kalau sekali tengok secara santai memang lah lawak, tapi bila fikir secara mendalam membuatkan saya menulis 7 points ni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri ke-3

Masyarakat kita sudah biasa menjadikan poligami sebagai jokes atau perkara main2 utk mengusik isteri atau ‘trigger’ suami atau mengusik rakan2 yang nampak macam boleh berpoligami atau berlaku cabar mencabar sesama rakan. Sedangkan poligami adalah perkara besar dan serius yang tidak boleh dipermainkan

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s