14 Tempat Waris Boleh Menuntut Wang Khairat Kematian (yang ramai tak tahu)

Biasakan siatuasi ni: Pasangan tahu pin code ATM 🏧 card suami/isteri masing2. Persoalan: Bila berlaku kematian pasangan (moga Allah panjangkan usia kita dan pasangan kita, amin!) sebenarnya boleh ke tidak suami/isteri withdraw duit dari akaun bank pasangan yang baru meninggal dunia atas alasan apa sekali pun seperti: Keperluan mengurus jenazahnya, kenduri tahlil dsbnya? Ha! pernah tak kita terfikir?

Sebenarnya duit dalam akaun bank pasangan yang meninggal dunia tu telah bertukar statusnya menjadi harta pusaka yang ada hak para waris atasnya. Harta2 itu bukan lagi miliknya.

Disinilah pentingnya wang KHAIRAT KEMATIAN. Mungkin selama ni kita just ignore atau buat tak tahu atau tak kisah perkara ni sehinggalah masa tu tiba.

Wang Khairat Kematian tidak dikira sebagai harta pusaka, maka terserah kepada waris-waris utk manfaatkan sebaiknya. Pertama sekali gunakan untuk membayar kos-kos pengurusan jenazah, selebihnya boleh gunakan untuk bayar hutang si mati, buat kenduri tahlil, sedekah atas nama si mati dan sebagainya.

Kos mengurus jenazah secara relatifnya bukanlah murah sangat, iaitu sekitar RM1200 ke RM2000 bagi yang tinggal di bandar. Bagi rakyat B40 jumlah ini agak tinggi. Kos-kos ni melibatkan: Kain kafan dan peralatan RM350, mandi jenazah RM200, upah penggali kubur RM500, upah baca talkin RM150 dan van jenazah RM150 & batu nisan yg biasa RM200. Total semua dalam 1K+. Ini belum campur kenduri tahlil (jika nak buat lah), jika buat maka tambahlah lagi RM500-RM1K+ mcmtu.

Jika duit khairat kematian ini lambat dapat, terpaksalah pinjam duit dari waris-waris lain atau keluarga atau sahabat yang akrab. Kemudian gantilah balik duit mereka bila dah dapat duit khairat kematian itu nanti.

𝗪𝗮𝗿𝗶𝘀 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗼𝗸𝘂𝗺𝗲𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝘂𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝘁𝘂𝘁 𝘄𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻, 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝘂𝘁:

  1. Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  2. Kad pengenalan waris
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris:
    • Ibu/Bapa: Sijil lahir penerima
    • Pasangan: Sijil nikah / Sijil perkahwinan / Sijil lahir anak
    • Anak: Sijil lahir anak (si mati)
    • Anak angkat: Sijil anak angkat oleh JPN atau pengesahan mahkamah atau pengesahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
    • Anak tiri: Sijil lahir anak tiri (si mati) dan sijil perkahwinan ibu / bapa tiri
    • Adik-beradik: Sijil lahir penerima dan sijil lahir si mati
    • Cucu: Sijil lahir cucu (si mati) dan sijil lahir ibu atau bapa

Jadi, di mana boleh tuntut wang Khairat Kematian ni? Sebenarnya jika kita betul-betul fokus untuk tuntut, amaunnya boleh mencecah belasan ribu ringgit!

Nah, berikut adalah 14 institusi/tempat yang menyediakan Khairat Kematian yang mesti dituntut kerana ia adalah hak waris:

𝟭. 𝗦𝗸𝗶𝗺 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗕𝗦𝗛
Waris penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), boleh membuat tuntutan Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000.

Hubungi: 1-800-88-2747 atau

Layari: https://bsh.hasil.gov.my/Download/Faq/BSH2019_FAQ_Maklumat_Waris_dan_SKK.pdf

𝟮. 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗔𝗦𝗡𝗕
Waris perlu pastikan dahulu samada si mati ada pernah membuka akaun mana-mana akaun Amanah Saham Nasional Bumiputera. Biasanya akan ada akaun ASB1 atau ASB2 atau kedua-duanya sekali. Kadar amaunnya adalah antara RM200 hingga RM2000, bergantung berapa baki pelaburan yang ada di dalam akaun ASNB. Boleh pergi ke kaunter ASB untuk membuat pengeluaran.

𝟯. 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗰𝗲𝗻
Jika pesara kerajaan, boleh tuntut sebanyak RM3000.

Layari: http://www.jpapencen.gov.my/bmj.html

𝟰. 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗸𝗮𝗳𝘂𝗹
Rujuk dengan agen takaful, berapa amaun yang layak waris dapat. Berjumlah antara RM2000 hingga RM5000 bergantung pakej takaful yg diambil semasa hayatnya

𝟱. 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗸 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁
Waris pemegang saham Bank Rakyat boleh tuntut sebanyak RM3000. Boleh membuat permohonan di kaunter bank. Tempoh dapat ada yang kata berbulan-bulan baru dapat, ada yang kata cepat je boleh dapat. Boleh cuba sendiri.

𝟲. 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗰𝗮𝗿𝘂𝗺 𝗞𝗪𝗦𝗣
Waris pencarum atau pernah mencarum KWSP boleh tuntut sebanyak RM2500.

Layari: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/overview#YourEntitlement

𝟳. 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗦𝗢
Waris pencarum PERKESO boleh tuntut sebanyak RM2000 di bawah Skim Keilatan.

Layari: https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/skim-perlindungan-keselamatan-sosial/skim-keilatan

Perlu di ingat bahawa sebahagiannya ada TEMPOH TUNTUTAN. Jika wang itu tidak dituntut melepasi tempoh tertentu, maka wang tadi BURN 🔥 begitu sahaja. Rugikan?

𝟴. 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗝𝗣𝗔 (𝗸𝗮𝗸𝗶𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻)
Waris kpd kakitangan kerajaan boleh tuntut sebanyak RM3000. Jika meninggal dunia semasa berkhidmat boleh tuntut Bantuan Mengurus Jenazah di jabatan terakhir dia berkhidmat. Manakala jika meninggal dunia selepas bersara boleh tuntut melalui KWAP (Kumpulan Wang Persaraan)

𝟵. 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱
Perlu pastikan dahulu samada si mati ada daftar skim ini di masjid kariah tempat tinggalnya atau tidak. Jumlahnya bergantung pakej yang disediakan oleh pihak masjid. Biasanya ada kutipan bulanan atau tahunan atau sekali bayar (one-off)

𝟭𝟬. 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗣𝘂𝗻𝗴𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗭𝗮𝗸𝗮𝘁 (𝗣𝗣𝗭-𝗠𝗔𝗜𝗪𝗣)
Waris pembayar zakat bermula 2019 melalui PPZ-MAIWP boleh menuntut RM3000 di bawah skim Kafalah Muzakki PPZ-MAIWP.

Layari: https://www.zakat.com.my/sl/kafalah/

𝟭𝟭. 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗔𝗻𝗴𝗴𝗼𝘁𝗮 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘀, 𝗥𝗘𝗟𝗔 & 𝗝𝗣𝗔𝗠
Waris kepada ahli pasukan keselamatan di atas, boleh menuntut wang khairat kematian melalui Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN).

Layari: http://www.moha.gov.my/index.php/ms/hp-maklumat-perkhidmatan

𝟭𝟮. 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗲𝗿𝗼𝗸𝗮 𝗙𝗘𝗟𝗗𝗔
Waris kepada peneroka FELDA, boleh tuntut sebanyak RM3000.

Layari: https://www.felda.gov.my/en/settlers/service/death-beneficiaries-support

𝟭𝟯. 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿/𝗡𝗚𝗢/𝗞𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶
Waris perlu pastikan dulu adakah si mati menyertai institusi berkenaan yang menyediakan untuk ahlinya kemudahan khairat kematian. Biasanya berjumlah antara RM500 hingga RM5000 bergantung peringkat keahlian atau jumlah simpanan koperasi atau syarat lain.

𝟭𝟰. 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗶 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮
Waris boleh bertanya rakan sekerja si mati jika badan kebajikan atau persatuan Islam di tempat kerjanya ada menyediakan kemudahan Khairat Kematian. Seperti kariah masjid tadi, biasanya potongan dibuat secara automatik dari gaji bulanan si mati semasa hayatnya.

Ini lah dia 14 institusi/tempat yang boleh waris kumpul kemudahan wang Khairat Kematian. Saya kira minima waris boleh kumpul sekitar RM10,000 ringgit! Dan perlu di ingat bahawa sebahagiannya ada TEMPOH TUNTUTAN . Jika wang itu tidak dituntut melepasi tempoh tertentu, maka wang tadi BURN 🔥 begitu sahaja. Rugi, kan?

Jadi sementara pasangan dan ahli keluarga kita masih hidup, senaraikan semua jenis tuntutan Khairat Kematian yang masing-masing boleh tuntut bila tiba masanya nanti. Tulis dlm Google Sheet atau notes yg saling boleh SHARE.

Moga coretan ni bermanfaat untuk kita semua.

*Terfikir untuk compile coretan ni selepas menghadiri majlis pengebumian junior sekolah saya semalam. Dia pergi di usia yang muda, meninggalkan suami dan 4 orang anak yang masih kecil 😭

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s