No. 6: Anas Bin Ammar

Di antara sunnah dalam kelahiran anak adalah memberikan nama yang baik. Hari ini adalah hari ke-7 anak keenam kami ini dilahirkan. Alhamdulillah selesai mencukur rambutnya. Bismillahirrahmanirrahim, kami namakan anak ini: Anas Bin Ammar

Anas, bersempena nama sahabat Nabi Muhammad saw yang amat istimewa yang bernama Anas Bin Malik. Beliau adalah dari kalangan sahabat nabi dari generasi ke-2 iaitu generasi anak-anak para sahabat. Bapa kandungnya bernama Malik bin An-Nadhr dan ibunya bernama Ummu Sulaim atau nama sebenarnya Ghumaisho’ binti Milhan. Setelah bapanya meninggal dunia ibunya berkahwin dengan Abu Talhah atau nama sebenarnya adalah Zaid bin Sahl Al-Ansari.

Anas Bin Malik adalah dari Kabilah Khazraj yang menetap di Madinah. Ketika beliau berumur 10 tahun, ibunya menyerahkan Anas kepada Nabi saw untuk menjadi pembantu peribadi atau pelayan baginda sehingga baginda Nabi s.a.w wafat.

Anas bercerita: “Dahulu ibuku membawaku menghadap Rasulullah s.a.w” Berkata Ummu Anas: “Wahai Rasulullah, ini anak kecilku Anas, aku bawa dia kepadamu agar berkhidmat untukmu. Doakanlah untuknya wahai Rasulullah s.a.w!”

Lantas Rasulullah s.a.w berdoa: اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيْهِ.


“Allahumma aktsir maalahu wa waladahu wa baarik lahu fiima rozaqtahu.”

Maksudnya: “Ya Allah perbanyaklah hartanya dan anak-anaknya, dan berkatilah apa yang Engkau anugerahkan padanya” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Keluarga Anas adalah dari kalangan pahlawan-pahlawan Islam termasuklah ibunya, Ummu Sulaim yang amat terkenal kisah hidupnya. Begitu juga saudara kandungnya bernama Al-Barra’ Bin Malik dan juga bapa tirinya Abu Talhah.

Anas adalah antara sahabat yang paling dekat dengan Nabi. Selepas Abu Hurairah dan Ibnu Umar, Anas Bin Malik adalah sahabat ketiga yang paling banyak meriwayatkan hadith baginda, iaitu sebanyak 2,286 buah hadith.

Anas adalah termasuk sahabat yang terakhir meninggal dunia. Beliau wafat di Kota Bashrah di Iraq pada hari Jumaat tahun 93 Hijriyah pada usianya 107 tahun.

Beliau meninggal dunia dalam keadaan yang sangat kaya dengan harta dan kebun-kebun tanaman yang subur serta mempunyai anak-anak dan cucu-cucu yang amat ramai. Begitulah kehebatan doa Nabi Muhammad s.a.w kepada Anas.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s